Tuesday, 9 May 2017

FINAL BETWEEN MALAYSIA AND THAILAND




NAKHON PATHOM (Thailand), Oct 24 — Ranked World No 1 and top seeds here, the Thais punctured all hopes the Malaysians had of creating an upset in front of a disciplined and passionate 3,000 fans with a 22-20, 21-14 victory which lasted for almost 50 minutes at the Nakhon Pathom Municipal Gymnasium.
The last time the Malaysians defeated Thailand was in the second round of Season 3 ISTAF SuperSeries MALASIA in Malacca in February this year.
And today, it was sheer sweet revenge by the Thais.
It was also one of the most dramatic matches ever seen here since the start of the SuperSeries five days ago as a Malaysia-Thailand final always keeps the adrenaline rushing and also draws the most spectacular number of fans here - home to Nakhon Pathom Club, the leading club in the Thailand League.
And it was no surprise that the celebrations grew louder when the host nation players received the ISTAF SuperSeries overall championship trophy from General Charouck Arrivachakaran, the President of the International Sepaktakraw Federation and a Vice-President of the Asian Olympic Council.
Malaysian coach, Abdul Talib Ahmad paraded Syahir Rosdi as tekong, and the diminutive Farhan Adam and Khairol Zaman as feeder and strikers respectively. The duo, whose deadly understanding and combination at the net, has been a bane to all opponents.
On the opposite side of the net, Thailand had their best players thrown on court to take on the Malaysians in Sittipong Khamchan (tekong), Ranhsirod Sirisamutsarn (feeder) and the towering Anuwat Chaichana, who stands at 195cm and of the most potent striker the Thais have ever produced in the sport.
Malaysia broke the duck by taking the first point in the opening set before the Thais rallied to level at 7-7 but the Malaysian crawled to lead 13-9. However, numerous unforced errors coupled with smashes into the net and occasionally going out saw both sides embroiled in a point-for-point chase until 20-20 before the Thais broke away to win two straight points to claim the first set.
The second set saw Thailand dominating with a 4-0 lead but acute smashes down the line from Khairol and Farhan provided the most resilient challenge to the Thais as they drew level at 7-7 but slowly saw their own game fading away as Anuwat forged a good understanding with Rangsirod at the net to give Thailand a comfortable 18-10 lead and then winning 21-14 in 21 minutes.

Monday, 8 May 2017

HOW TO PLAY SEPAK TAKRAW ?







Cara Bermain Sepak Takraw ?


Cara Bermain Sepak Takraw - Pada postingan kali ini penulis akan menguraikan sedikit tentang Cara Bermain Sepak Takraw kepada para pembaca sekalian. Nah, permainan sepak takraw adalah suatu permainan yang menggunakan bola yang terbuat dari rotan (takraw) dan dimainkan di atas lapangan yang datar yang berukuran panjang 13,40 m dan lebarnya 6,10 m. 

Kemudian di tengah-tengahnya dibatasi oleh jaring/net yang dibentangkan seperti permainan Bulutangkis. Pemainan sepak takraw ini terdiri dari dua tim yang saling berhadapan satu sama lain, tiap - tiap terdiri dari 3 (tiga) orang pemain. Permainan sepak takraw ini menggunakan kaki dan semua anggota badan kecuali tangan. Tujuan dari permainan ini adalah mengembalikan bola sedemikian rupa sehingga bisa jatuh di lapangan lawan ataupun menyebabkan lawan membuat pelanggaran dengan cara bermain salah. 

Uraian pengertian permainan sepak takraw tersebut di atas adalah Sepak Takraw untuk kompetisi. Sepak takraw untuk kompetisi ini dipertandingkan dalam 3 nomor, yakni : Tim, Regu dan Double-event. Pada tahun 2002 dikembangkan nomor Sepak Takraw baru yang disebut dengan Sepak Takraw Lingkaran (Circle-Game), merupakan permainan sepak takraw yang dimainkan di lapangan yang berbentuk lingkaran, masing-masing tim terdiri dari 5 orang pemain, tim tersebut memainkan bola dengan cara mengoper ke teman mainnya secara berhadapan dengan nomor yang saling berurutan, dengan operan sesuai tingkat kesulitannya (tingkat kesulitan tinggi nilainya 3, dan tingkat kesulitran rendah nilainya adalah 1). 

Permainan sepak takraw ini di batasi oleh waktu permainan selama 10 menit untuk masing-masing babaknya. Tim yang memenangkan perlombaan adalah regu yang paling banyak mengumpulkan nilai selama waktu 10 menit lamanya tersebut. Kemudian pada tahun 2006 Sepak Takraw Lingkaran digantikan dengan nomor baru yaitu : Hoop-Takraw, bentuk permainan nomor ini hampir sama dengan sepak takraw Lingkaran (circle-game), akan tetapi pemain yang 5 orang tersebut harus memasukkan bola ke atas “Ring berdiameter 1 meter (bulatan besi) yang dipasang dengan tali setinggi 4,50 meter untuk putri dan untuk putra 4,75 meter di tengah bulatan pemain. Pemain sepak takraw dalam bentuk permainan ini berusaha memasukkan bola ke ring sebanyak-banyaknya dengan pukulan yang telah ditentukan dalam waktu 30 menit lamanya. 










Si Cantik wanita Thailand pemain Sepak Takraw


Si Cantik Pemain Sepak Takraw Wanita Thailand Jadi Tumpuan di ISTAF Superseries


Gadis berusia 17 Tahun yang dilahirkan pada tahun 1998 dan mempunyai ketinggian 170 sentimeter ini telah mula bermain Sepak Takraw sejak berumur 10 tahun. Nipaporn dikatakan pernah mengalami kecederaan di buku lalinya akibat terkena rembatan bola takraw pada usia mudanya. Selepas pulih dari kecederaan itu Nipaporn terus jatuh cinta kepada sukan Sepak Takraw dan tidak akan terlepas sebarang perlawanan Sepak Takraw di televisyen. Akhirnya Nipaporn sendiri menjadi salah seorang pemain Sepak Takraw untuk Pasukan Kebangsaan Thailand di posisi Tekong.

Nipaporn menjadi tarikan dalam sukan Sepak Takraw kerana wajahnya yang cantik dan feminin tidak seperti atlit sukan Sepak Takraw yang lain. Namun Nipaporn tidak mengharap popularitinya berdasarkan raut wajah tapi berdasarkan persembahannya dalam sukan Sepak Takraw. Nipaporn dikatakan bermain dengan baik dengan kadar kejayaan menghantar servis bola melebihi 80%, dan ianya adalah peratusan tertinggi dalam kalangan pemain Sepak Takraw Wanita yang lain.








Sejarah asal usul sepak takraw



Sejarah asal usul sepak takraw
Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola buatan.
Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulalatus Salatin ada diceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad, yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan pengubahsuaian permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang[1]
Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku antara wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.
Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi yang mana permainan beregu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.

Adenan Saladin Raja Libas

Setiap sukan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Sukan badminton dengan gaya bertahan yang menarik, smash yang kencang, serta footwork yang pantas. Bola sepak pula dengan skill yang dilakukan para pemain membuatkan ramai penonton terpukau.
Kemampuan melakukan sesuatu yang menarik menjadi daya tarikan dalam permainan yang dimainkan. Kualiti permainan yang baik hanya dapat dilakukan oleh pemain yang tertentu sahaja.
Perkara utama yang paling terkesan dengan kemampuan pemain ialah akan dilabel sebagai lagenda. Segala kejayaannya dalam arena yang dilibatinya akan dikenang dan dijadikan idola kepada masyarakat dunia.
Maka dengan itu, seluruh peminat sepak takraw semestinya tidak akan terlepas mengenali seorang lagenda yang lahir dalam sukan sepak takraw. Seorang pelibas yang kaya dengan seni libasnya disertakan kelajuan bola libasnya yang menjadi igauan setiap lawan.

MULA MENGENALI SEPAK TAKRAW

Adnan Saidin bukanlah memiliki bakat yang luar biasa apabila mempunyai libasan yang memukau. Beliau juga seperti orang lain yang berjaya kerana beliau bermula dari bawah. Beliau mula belajar bermain sepak takraw ketika beliau masih berumur 10 tahun.
Anak kelahiran Alor Setar ini bejinak-jinak pada usia kanak-kanak dan remaja sebelum bergiat aktif dalam sukan warisan ini.

MEWAKILI NEGERI DAN NEGARA

Kemampuannya bermain dengan penuh bakat memberikan dirinya peluang untuk melibatkan diri pada peringkat yang lebih tinggi. Beliau mendapat peluang untuk mewakili negeri dan negara pada tahun 1976. Pada waktu inilah banyak kejayaan yang beliau kecapi selain mencapai peringkat terbaik dalam kariernya.
Pada waktu ini juga beliau mula dikenali di seluruh dunia yang mengamalkan sepak takraw terutama di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Beliau pernah beberapa kali secara tidak sengaja mencederakan pihak lawan sehingga ada yang mengalami kesesakan nafas akibat beberapa kali terkena bola libasan beliau ketika melakukan hadangan.
Tidak kurang juga ada yang mengalami pendarahan ketika menghadang bola beliau. Kejayaan demi kejayaan telah dikecapinya ketika bergelar pemain. Tidak kira sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Antara kejayaan yang dikecapinya ialah
  1. Memenangi pingat emas sukan Sea pada tahun 1979-1985.
  2. Mendapat gelaran pemain terbaik Asia pada tahun 1984 ketika bergandingan bersama Raziman Hassan dan Azman Ismail.
  3. Gelaran Raja Sepak Takraw Asia pada tahun 1986

BERSARA SEBAGAI PEMAIN SEPAK TAKRAW

Kejayaannya pada tahun 1986 itu merupakan kejayaannya yang paling besar sebelum beliau mengambil keputusan untuk bersara pada tahun itu juga.
Kejayaannya itu adalah sesuatu yang diluar jangkaannya kerana beliau hanya bermain bagi mengharumkan nama negara yang ketika itu bertarung dengan musuh tradisi, Thailand pada peringkat akhir.
Ketika itu Malaysia berjaya mengatasi Thailand. Anugerah itu disampaikan oleh Dato’ Seri Najib yang merupakan menteri belia dan sukan pada ketika itu.
Setelah bersara, beliau tetap aktif dalam sukan ini. Beliau juga telah dilantik sebagai jurulatih negeri kelahirannya pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.
Sebagai kesimpulan, ketahuilah setiap yang bergelar lagenda bermula daripada bawah. Usaha dan kesungguhan yang menjadi perkara utama dalam membentuk diri menjadi seorang yang berkualiti.

Monday, 10 April 2017

Datuk Lee Chong Wei


BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2017

Perlawanan akhir di antara jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di Kuching telah dimenangi oleh Lin Dan 21-19 dan 21-14. Walaupun di set pertama Datuk Lee Chong Wei mendahului tetepi dapat di pintas Lin Dan. Ini merupakan kemenangan yang pertama bagi Lin Dan untuk Badminton Terbuka Malaysia. Walaupun tewas, Datuk Lee Chong Wei tetap berpuas hati kerana berada di pentas final telah pun menjadi juara bagi seluruh rakyat Malaysia yang menyokongnya.
Chong Wei yang menundukkan Lin Dan di gelanggang sama pada 2006 untuk gelaran ketiganya di Terbuka Malaysia, gagal menamatkan set pertama ketika mendahului 19-15 dan kesempatan itu membolehkan Lin Dan bangkit untuk menang 21-19.
Set ke-2 nyata milik Lin Dan biarpun Chong Wei mendapat sokongan gemuruh penonton, bagi menamatkan rentetan 3 kekalahan kepada pemain negara dalam pertemuan terakhir mereka termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio.
Ia juga menamatkan impian Chong Wei, juara 11 kali Terbuka Malaysia, untuk mendapatkan gelaran ke-12 di kejohanan ini.

Wednesday, 29 March 2017

TMJ Presiden Baru FAM





TMJ Presiden baru FAM 2017

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini.

Menurut Hamidin, TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan.

"Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding," katanya pada kongres berkenaan.

Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail.

Annuar, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden, 48 jam sebelum kongres bermula.