Monday, 10 April 2017

Datuk Lee Chong Wei


BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2017

Perlawanan akhir di antara jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di Kuching telah dimenangi oleh Lin Dan 21-19 dan 21-14. Walaupun di set pertama Datuk Lee Chong Wei mendahului tetepi dapat di pintas Lin Dan. Ini merupakan kemenangan yang pertama bagi Lin Dan untuk Badminton Terbuka Malaysia. Walaupun tewas, Datuk Lee Chong Wei tetap berpuas hati kerana berada di pentas final telah pun menjadi juara bagi seluruh rakyat Malaysia yang menyokongnya.
Chong Wei yang menundukkan Lin Dan di gelanggang sama pada 2006 untuk gelaran ketiganya di Terbuka Malaysia, gagal menamatkan set pertama ketika mendahului 19-15 dan kesempatan itu membolehkan Lin Dan bangkit untuk menang 21-19.
Set ke-2 nyata milik Lin Dan biarpun Chong Wei mendapat sokongan gemuruh penonton, bagi menamatkan rentetan 3 kekalahan kepada pemain negara dalam pertemuan terakhir mereka termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio.
Ia juga menamatkan impian Chong Wei, juara 11 kali Terbuka Malaysia, untuk mendapatkan gelaran ke-12 di kejohanan ini.

Wednesday, 29 March 2017

TMJ Presiden Baru FAM





TMJ Presiden baru FAM 2017

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini.

Menurut Hamidin, TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan.

"Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding," katanya pada kongres berkenaan.

Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail.

Annuar, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden, 48 jam sebelum kongres bermula.